127 HOURS

127 HOURS

FILEM: 127 Hours
ARAHAN: Danny Boyle
PELAKON: James Franco, Kate Mara, Amber Tamblyn dan Sean Bott
GENRE: Drama Thriller
TAYANGAN: 17 Februari 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (harian metro)
127 HOURS

Sinopsis 127 Hours
127 Hours ialah kisah benar Aron Ralston yang berjuang untuk menyelamatkan diri selepas jatuh di celah batuan. Lebih parah, tangan kanannya dihempap batu, lantas menyebabkan dia terperangkap di lembah terpinggir di Utah.
127 HOURS
Selama lima hari, Ralston melihat kembali kehidupan yang pernah dilaluinya selama ini yang akhirnya membuka ruang kepada hati dan semangatnya untuk terus bertahan dalam situasi getir itu.

Bagi penulis, filem ini sememangnya mempunyai tarikan moden kontemporari sendiri dan wajar ditonton oleh mereka yang masih mencari ruang kehidupan sebagai pembakar semangat untuk jangan berputus asa, biarpun nyawa di hujung jari.
127 HOURS
Beberapa babak seperti ketika Aron terpaksa minum air kencing untuk kelangsungan hidup selama empat hari di lembah kering kontang itu dan memotong tangan sendiri tampak realistik hinggakan penulis sendiri rasa mual. Pun begitu ia adalah satu kelebihan kerana berjaya membawa perasaan itu kepada penonton.
127 HOURS