BEGITUKAH CINTA (TV3)

BEGITUKAH CINTA (TV3)
Tarikh Tayangan : 14hb februari 2011
Hari Tayangan : Isnin hingga Khamis,
Masa Tayangan : 6.30petang
Episode: 24 episod
Pelakon: Nazim Othman dan Ainul Aishah. Aida Khalida, Shahronizam, Ku Fridah, Wan Nor Azlin, Khairil Anwar, Ramona Zamzam
Sumber : facebook.com (begitukah cinta)

BEGITUKAH CINTA
Sinopsis Begitukah cinta (TV3)

Dari sudut pandang sebagai editor, kisah tulisan Sharifah Abu Salem ini mungkin sekali diilhamkan daripada filem popular lakonan dan arahan Tan Sri P Ramlee bertajuk IBU MERTUAKU. Nazril yang cuba keluar daripada kepompong kemewahan dan ingin hidup seperti orang kebiasaan yang lain, jatuh cinta terhadap seorang gadis kampung bernama Riana.
BEGITUKAH CINTA
2 watak utama ini juga mewakili isu-isu sosial belia di IPT yang terlibat dalam gejala seperti escort girl, bartender dan GRO bagi menyara kehidupan dan pembelajaran di kolej. Aida Khalida yang membawa watak ibu kepada Nazril mungkin bakal berjaya dibenci penonton terhadap wataknya sebagai ibu yang bersifat antagonis. Watak hipokrit yang dibawa Shahronizam, juga bakal meninggalkan kritikan sosial yang tajam kepada segelintir masyarakat Melayu kita amnya.
BEGITUKAH CINTA
Kepada anda yang telah pun menantikan kemunculan drama ini, diharapkan berpuas hati sepanjang tempoh tayangannya nanti bermula pada minggu hadapan. Sebagai manusia biasa, editor juga tidak dapat lari daripada sebarang kesilapan. maka, saya memohon maaf sekiranya ada cacat cela yang tidak disengajakan dalam suntingan drama ini.
BEGITUKAH CINTA