DESPERATE HOUSEWIVES MUSIM 7 (TV8)

Desperate Housewives Season 7
Episod: 22 episod
Tarikh Tayangan: 15 Februari 2011
Masa: 10.30pm
Desperate Housewives Season 7
Sinopsis Desperate Housewives Season 7
Setiap musim akan mendekatkan anda semua kepada penduduk kawasan tersebut di mana anda akan menyaksikan sendiri perpisahan, perkahwinan, kelahiran, keperitan dan keriangan yang berlaku didalam komuniti yang erat ini.
Desperate Housewives Season 7
Musim ini, Susan dan Mike berhadapan dengan bebanan hidup apabila mereka mempunyai masaalah kewangan yang kritikal dan telah memaksa mereka meniggalkan Wisteria Lane. Selain itu kemunculan, Paige Scavo telah menambah lagi bilangan ahli di dalam keluarga Scavo. Kemurungan Tom dan jadual harian Lynette yang sibuk telah menyebabkan dia mengupah Susan sebagai pengasuh bayinya yang baru.
Desperate Housewives Season 7
Sementara itu, Bree pula sukar untuk menyesuaikan dirinya keseorangan di dalam umurnya yang kini berada di pertengahan lima puluhan. Selepas bercerai dengan Orson, kini hatinya mula tertarik pada Keith Watson, seorang pekerja tukang yang mempunyai perbezaan umur dua puluh tahun darinya!

Gabrielle pula, sedang sibuk mencari anak kandungnya yang hilang kerana telah tertukar semasa bayi dan Juanita sebenarnya bukan anak kandung Gabrielle. Tetapi apakah yang akan terjadi pada Juanita jika dia berjumpa kembali dengan anak kandungnya? Mungkinkah dia akan mengenepikan Juanita?
Desperate Housewives Season 7
Musim ini juga anda dapat menyaksikan kemunculan jiran baru ynag dilakonkan oleh Vanessa Williams, sebagai seorang suri rumah yang baru, dia akan memegang watak Renee Perry, rakan sekolah lama Lynette, yang pasti akan membuakkan lagi kehangatan di Wisteria Lane. Walaupun rakan lama yang sekolej dengan Lynette ini berpindah ke rumah di seberang jalan dengannya, Renee menyimpan rahsia sulit yang mampu untuk memusnahkan rumah tangga Lynette dan Tom. Apakah rahsia tersebut? Dengan pelbagai masaalah serta kesukaran yang timbul, drama di pinggiran bandar yang indah ini seakan tidak pernah berkesudahan.