KASHAF IMANI (ASTRO RIA)

Kashaf Imani
Tarikh tayanga: 17 Feb 2011
Masa Tayangan: 9 malam,
Hari Tayangan: Khamis
Pelakon: Beto Kusyairy, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Ismail Abdul Aziz, Khairilridzuan K’n, Noryati Taib dan Ain Satar.
Sumber: budiey.com

Kashaf Imani

Sinopsis Kashaf Imani (atro ria)

Mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim seorang pelajar kolej.

Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma.
Kashaf Imani
Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.

Jangan lupa saksikan drama yang sarat dengan mesej ini pada hari Khamis, 17 Februari ini jam 9 malam di saluran 104.
Kashaf Imani