THE MECHANIC

THE MECHANIC

FILEM: The Mechanic
ARAHAN: Simon West
PELAKON: Jason Statham, Ben Foster, Donald Sutherland, Tony Goldwyn dan Mini Anden
GENRE: Aksi/Thriller
TAYANGAN: 18 Februari 2011
ULASAN: Shakilawati Abd Rahman (HARIAN METRO)
THE MECHANIC
The Mechanic mengisahkan pembunuh upahan elit yang cukup teliti. Kerja yang profesional dan ‘ bersih’ menjadikannya antara pembunuh upahan hebat apatah lagi sering mendapat kepercayaan mengendalikan kes profil tinggi.
THE MECHANIC
Di sebalik kemahiran dan ideologinya, kredibiliti Bishop tergugat apabila mengetahui dia dikhianati.

Insiden kematian teman baiknya, Harry McKenna lakonan Donald Sutherland mengundang kesulitan apabila anak McKenna iaitu Steve menjadikannya mentor.
THE MECHANIC
Keghairahan yang penuh dengan dendam menjadikan Steve sukar dikawal hingga mendedahkan identiti mereka.