NO STRINGS ATTACHED

FILEM: No Strings Attached
ARAHAN: Ivan Reitman
PELAKON: Ashton Kutcher, Natalie Portman dan Kevin Kline
GENRE: Komedi romantik
TAYANGAN: 17 Februari 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (harian metro)
NO STRINGS ATTACHED
Sinopsis No Strings Attached

Mengisahkan dua karakter iaitu Adam (Ashton) dan Emma (Natalie Portman) yang berkawan sejak sekian lama namun jarang berjumpa.

Namun satu hari Emma berpindah ke bandar sama dihuni Adam lantaran mendapat tawaran kerja di sana dan tanpa dirancang mereka bertemu sekali lagi. Pertemuan itu memberi peluang kepada mereka untuk berhubung dan keluar bersama seperti dulu.

Sebulan sebelum bertemu, Adam berpisah dengan teman wanitanya dan mendapati wanita itu kini berpacaran dengan ayahnya. Tertekan dengan situasi itu, dalam keadaan mabuk Adam menghubungi setiap nombor telefon milik wanita dalam senarai telefon bimbitnya dengan harapan mengadakan seks.

Keesokannya dia terjaga dalam keadaan berbogel dan mendapati dirinya dikelilingi empat rakan lama dan seorang daripadanya ialah Emma. Pertemuan tidak diduga itu berakhir dengan hubungan seks antara Adam dan Emma.
NO STRINGS ATTACHED
Memikirkan hubungan mereka adalah kawan baik, mereka mengambil keputusan menjadikan seks sebagai hubungan bukan formal yang tidak membabitkan perasaan. Perjanjian mereka, jika seorang mula menyimpan perasaan, hubungan itu terbatal.

Konflik bermula bila seorang daripada mereka mula menaruh harapan supaya hubungan itu berkembang ke tahap lain. Lantas menjadikan kisah cinta dua pasangan ego mula menjadi klise dan dapat diagak pengakhirannya.
NO STRINGS ATTACHED
SECARA kasar, filem komedi romantik Ashton Kutcher kali ini bergerak berpaksikan satu sebab saja yakni skripnya. Penggunaan ayat lucah dan elemen seks yang direstui dalam setiap plot seolah-olah satu kemestian untuk menonjolkan realistik kehidupan dua pasangan bercinta.

Walaupun dikategorikan sebagai tayangan untuk dewasa saja, ia mungkin tidak sesuai untuk tayangan masyarakat tempatan.
NO STRINGS ATTACHED