SHAOLIN

SHAOLIN

FILEM: Shaolin
ARAHAN: Benny Chan
PELAKON:Andy Lau, Nicholas Tse, Jackie Chan, Bingbing Fan
GENRE: Aksi Sejarah
TAYANGAN: 27 Januari 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (HARIAN METRO)

SHAOLIN
Mengisahkan pertelingkahan antara jeneral perang yang memudaratkan rakyatnya sendiri. Peperangan yang bertujuan merebut kuasa dan kekayaan antara satu sama lain itu berlanjutan sehingga mereka sanggup berbunuhan. Sehingga membuka peluang kepada kuasa asing mengambil kesempatan dengan menawarkan senjata demi kepentingan peribadi.

Bagaimanapun, kuil Shaolin yang dianggap suci menjadi tempat perlindungan rakyat yang menderita.
SHAOLIN
Satu hari, Jeneral Hou Jie dikhianati adiknya sendiri, Cao Man yang mengakibatkan anak gadis Hou Jie terbunuh. Selepas menjadi buruan Cao Man yang berpaling tadah, Hou Jie lari ke kuil Shaolin yang akhirnya terbuka hati untuk bertaubat.
SHAOLIN
Tanpa disedari, kuil itu menjadi medan tempur antara pengikut Shaolin, tentera Cao Man dan tentera asing yang akhirnya mengorbankan banyak nyawa serta maruah diri mereka yang tamak.
SHAOLIN