SUCI (ASTRO PRIMA)

SUCI (ASTRO PRIMA)
Pelakon: Zulhuzaimy, Fezrul dan Fasha,
Tarikh: 13 Februari 2011.



Sinopsis Suci (ASTRO PRIMA)

Suci adalah 100 peratus kisah cinta. Ia adalah kisah cinta segi tiga antara, Affendi, Aidil dan Suziana (Fasha Sandha).

WALAUPUN Suziana bersetuju dengan keputusan ayah dan ibunya untuk menjodohkannya dengan sepupunya Aidil yang sudah dianggap seperti abang kandungnya, Suziana meminta kebenaran orang tuanya untuk pergi bercuti sebelum dia bergelar tunangan orang.


Setibanya ke destinasi percutian itu, tanpa di sangka Suziana terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan dia bertemu dengan Affendi di sana. Perkenalan dalam kebencian itu membuahkan bibit cinta Affendi terhadap Suziana. Bagaimanapun sikap memaksa Affendi terhadap Suziana semata-mata untuk menyakitkan hati gadis itu membuatkan dia terasa amat bersalah terhadap Suziana. Kemalangan itu juga hampir menyebabkan Suziana kehilangan nyawanya.

Selepas kejadian itu, Suziana mula sedar mengenai kehadiran Affendi dalam hidupnya apabila lelaki itu mula mengambil berat terhadapnya. Persahabatan mereka akhirnya bertukar menjadi kekasih sehingga Suziana terlupa mengenai Aidil yang setia menantinya. Suziana diburu rasa bersalah kerana cuba untuk mempermainkan perasaan Aidil. Pada masa sama dia tidak sanggup kehilangan Affendi walaupun dia sah bergelar tunangan Aidil.

Untuk mengetahui apa yang berlaku dengan mereka bertiga, saksikan siarannya di Astro Prima, 13 Februari 2011.