10 THINGS I HATE ABOUT YOU (MUSIM 2)



10 THINGS I HATE ABOUT YOU (tv8)
Hari Tayangan: setiap Khamis,
Masa: 9.30 malam
Mula Tayangan: 10 Mac 2011
Sumber: budiey.com
SINOPSIS 10 THINGS I HATE ABOUT YOU SEASON 2

kisah dua anak gadis Dr. Walter Stratford; Kat dan Bianca dalam musim pertama. Kini mereka kembali dengan lebih banyak cerita menarik yang pasti membuat anda terus melekat di kaca televisyen masing-masing.

Musim terbaru ini bermula dengan kisah Bianca yang cemas apabila video rakaman beliau dan Joey tersebar. Bianca memaksa Joey mengambil kuncil bilik Cameron untuk mendapatkan rakaman video tersebut dan memadamnya. Namun segala rancangan mereka gagal apabila Joey ditangkap kerana memecah masuk bilik Cameron. Apa yang bakal terjadi kepada Bianca? Adakah Chasity akan mengetahui apa yang terjadi di antara Bianca dengan Joey? Segalanya bakal terjawab dalam musim terbaru 10 THINGS I HATE ABOUT YOU.

Kat pula digantung sekolah kerana satu insiden yang menyebabkan harta benda sekolah rosak. Kat juga memberi alasan kepada bapanya yang insiden itu berlaku gara-gara kerana beliau ingin menyelamatkan seorang kanak-kanak namun sebenarnya ada cerita lain di sebalik kisah ini. Bagaimana Kat berdepan dengan apa yang terjadi dengan kehidupannya? Adakah insiden ini akan memusnahkan impian beliau untuk menyambung pelajaran ke kolej yang cukup berprestij?