BLACK SWAN

BLACK SWAN


BLACK SWAN
Mula Tayangan: 23rd February 2011
Sumber: budiey.com

Sinopsis Black Swan:

Black Swan mengisahkan tentang Nina, seorang balerina di kota New York yang sedang meningkat naik. Dia tinggal bersama ibunya, Erica yang juga merupakan seorang balerina suatu ketika dahulu.
BLACK SWAN
Nina telah terpilih menggantikan Beth Macintyre bagi pementasan ‘Swan Lake’. Walaupun gembira dengan pemilihan itu, tetapi Nina sebenarnya berasa tertekan kerana pengarah pementasan terus-terusan mendesak supaya dia tidak terlalu berhati-hati ketika membawakan watak Black Swan.

Konflik bertambah buruk apabila Nina terpaksa bersaing dengan pendatang baru, Lily yang sering mendapat perhatian pengarah. Bagi memastikan watak utama terus menjadi miliknya, Nina mencuba sedaya upaya untuk terus memberikan persembahan terbaik. Akibatnya, ia memakan diri sendiri dan berakhir dengan tragik.
BLACK SWAN
Secara keseluruhan, filem ini memang harus ditonton kerana ia cuba memberi kesedaran kepada kita supaya tidak terlalu obses mencari kesempurnaan. Tindakan sebegini hanya boleh memakan diri sendiri dan lebih parah, ia mampu menimbulkan gangguan jiwa.