DRAMA ANUM (TV1)



DRAMA ANUM
Mula Tayangan: 24 Mac 2011
Hari Tayangan: setiap Isnin hingga Khamis,
Masa Tayangan: 9.00 malam
Episode: 13 episod
Pelakon: Zaryn Minn,Zed Zaidi, Fizz Fairuz, Roy Azman, Dato’Jalaludin Hassan dan Rosnah Johari
Sumber: budiey.com

SINOPSIS DRAMA ANUM

drama rantaian mengisi slot Mahligai ini berlatarkan kisah Megat dan Khir adalah adik beradik yang sentiasa hidup bercakaran sejak kecil lagi. Hidup mereka sentiasa bersaing dalam apa saja yang berlanjutan sehingga mereka meningkat dewasa dan bekerja di syarikat Iskay Sdn Bhd, syarikat milik Iskandar dengan gaji yang lumayan.

Anum Mustafa, seorang gadis ayu yang cukup bijak, ceria dan disenangi oleh semua. Anum dibesarkan dalam keluarga yang begitu menitikberatkan nilai-nilai ketimuran, maka tidak hairanlah dia dewasa menjadi wanita yang lemah lembut dan kaya dengan budi pekerti. Kesempurnaan pekerti dan kejelitaan wajah Anum telah membuatkan Iskandar dengan mudah jatuh hati padanya.

Malah selain Iskandar seorang pemilik syarikat Iskay Sdn Bhd yang meminatinya, kehadiran Anum turut menarik perhatian sepasang adik-beradik yang kehidupan mereka bercakaran sejak kecil. Namun di luar pengetahuan semua sebenarnya Anum sememangnya sedang menjalin cinta dengan Megat, salah seorang daripada adik-beradik itu.

Di sebalik keayuan wajahnya sebenarnya Anum miliki sifat ketegasan dalam dirinya. Merasakan ada yang tak kena pada syarikat tempatnya bekerja, Anum mula menyiasat apakah perniagaan yang dijalankan ketuanya, Iskandar kerana wang perolehan berganda-ganda banyak daripada yang sepatutnya.

Biarpun bekerja dibawah satu syarikat, namun hubungan Megat dan Khir tetap dingin hingga adakalanya menganggu perjalanan tugas mereka di pejabat. Khir sentiasa mengambil peluang untuk mensabotaj kerja-kerja Megat. Di pejabat, Khir mula menjadi kaki bodek Iskandar, maka tidak hairanlah dalam masa yang singkat Khir dengan mudah meraih kepercayaan Iskandar.

Turut bekerja di Iskay Sdn. Bhd ialah Anum Mustafa, seorang gadis ayu yang cukup bijak, ceria dan disenangi oleh semua. Anum dibesarkan dalam keluarga yang begitu menitikberatkan nilai-nilai ketimuran, maka tidak hairanlah dia dewasa menjadi wanita yang lemah lembut dan kaya dengan budi pekerti. Kesempurnaan pekerti dan kejelitaan wajah Anum telah membuatkan Iskandar dengan mudah jatuh hati padanya.

Selain Iskandar, Khir turut meminati Anum dalam diam. Seperti Iskandar, Khir juga melakukan pelbagai cara untuk menambat hati Anum, namun ternyata ianya tidak berjaya. Khir terpaksa membatalkan niatnya untuk terus memikat Anum bila mengetahui yang Iskandar terlebih dahulu telah berusaha untuk memiliki Anum. Khir menukar agendanya, dari berusaha untuk memikat Anum untuk dirinya, dia menukar posisinya menjadi orang tengah Iskandar.

Iskandar menjanjikan habuan wang besar pada Khir jika dia berjaya memujuk Anum untuk menjadi teman wanitanya. Demi wang, Khir sanggup melupakan hasrat cintanya pada Anum. Dalam diam dia berusaha untuk membuatkan Anum membuka hatinya untuk Iskandar, Khir mendapat tahu yang Anum rupanya sudah berpunya namun dia masih tidak mengetahui siapakan jejaka yang berjaya menambat hati Anum.

Diluar pengetahuan sesiapa, Anum rupanya sedang ralit menganyam cinta dengan Megat. Namun kedua-duanya bijak menyembunyikan hubungan mereka. Pada masa sama timbul perasaan curiga di hati Anum dan Megat tentang perniagaan sebenar yang diusahakan oleh Iskandar. Lalu mereka berusaha membongkar apakah rahsia di sebaliknya?