THE DVD


FILEM: The DVD
ARAHAN: Surin Gnanalingam
PELAKON: Ernest Chong Shun Yuan, Carrine Chong Su Sian, Chye Chee Keong dan Ganesh Venugopal
GENRE: Drama Aksi
TAYANGAN: 3 Mac 2011
ULASAN: Murshid Eunos (HARIAN METRO)

Sinopsis The DVD

Kisahnya menceritakan kegiatan haram cetak rompak yang berleluasa di Malaysia yang dilihat daripada perspektif berbeza. Enggan terus mencerminkan keseluruhan negatif pada subjek itu, The DVD mengangkat tema kekeluargaan, konflik cinta dan nilai persahabatan namun dalam garapan tersendiri.


Chris, remaja yang juga penuntut kolej dan anak tunggal serta dibesarkan oleh ibunya selepas kematian ayah berdepan krisis diri, antara hidupnya yang bosan dan susah atau menjalani kehidupan mewah penuh gaya


Chris, remaja yang juga penuntut kolej dan anak tunggal serta dibesarkan oleh ibunya selepas kematian ayah berdepan krisis diri, antara hidupnya yang bosan dan susah atau menjalani kehidupan mewah penuh gaya. Sayangnya, jalan ke arah kesenangan hanya satu, iaitu menerima lamaran sekumpulan gengster bagi menyertai mereka dalam sindiket cetak rompak.

Khayal dengan tawaran dan ganjaran diberi, akhirnya Chris menerimanya dan mula alpa tanggungjawab kepada pelajaran hingga membuatkan ibunya kecewa. Hubungan dengan kekasihnya juga mula renggang kerana Chris terjebak dengan alkohol. Teman baiknya mula menjauhkan diri kerana terkilan perubahan sikapnya.