Si Capik Musim Ke 3 (TV2)

Si Capik Musim Ke 3 (TV2)
Mula Tayangan: 22 Februari 2011,
Hari Tayangan: setiap Selasa,
Masa Tayangan: 9.00 malam di TV2.
Pelakon: heera Iskandar, Hetty Sarlene, Zack X-Factor, Datuk Aziz Singah, A Galak, Arpah Damanhuri, Fathil Dani dan Aznah Hamid,
Episode: 26 episod
Sumber: BUDIEY.COM

Si Capik Musim Ke 3 (TV2)
Sinopsis Si Capik Musim Ke 3 (TV2)

Kisahnya bermula dengan memaparkan babak kehidupan Reza mula berubah setelah dia memegang tampuk kepimpinan dalam menerajui syarikat Jaya Holdings setelah bapa mertuanya bersara. Reza telah mengalami satu transformasi, dia mulai bersikap ego dan tidak mudah mengaku kalah. Kesabarannya terhadap Zahid telah bertukar menjadi dendam yang tiada penghalangnya.

Tindakan Zahid melanggar Nurul telah menyebabkan dia menanggung akibat di atas perbuatan kejamnya, dia dijatuhi hukuman penjara selama 3 tahun.

Dalam kesibukan Reza mengendalikan syarikat, dia terpaksa menghadapi tekanan besar. Akibat perbuatan tidak bertanggungjawab Zahid dia telah diburu oleh ‘Along’ yang menuntut hutang berjumlah RM500,000.00 yang ditinggalkan Zahid sebelum dia dipenjaranya.

Kekecohan berlaku apabila ‘Along’ sering mengganggu Reza di pejabat dan di rumah. Namun begitu dia enggan bersetuju dengan perjanjian yang telah ditandatangani Zahid dengan ‘Along’ untuk melangsaikan hutang.

Perasaan benci dan dendam Reza terhadap Zahid kian membara ekoran bebanan hutang yang terpaksa ditanggungnya. Sudah hilang sifat ‘lembut hati’ dalam diri Reza yang sebelum ini sering mengalah dengan Zahid.
Si Capik Musim Ke 3 (TV2)
Dalam serba kekalutan, Mira yang telah diceraikan oleh Farish menjalani kehidupan dengan penuh kesedihan setelah perkahwinannya berakhir di pertengahan jalan.

Akan tetapi yang lebih parah lagi apabila Farish mula menyesali tindakan terburu-burunya menceraikan Mira. Dia mengalami kekecewaan dan menyedari kesilapannya. Kerinduannya terhadap Mira merupakan satu penyeksaan dalam dirinya. Sebagai sahabat sejati, Reza amat bersimpati dengan penderitaan yang ditanggung Farish, dia sanggup menghulurkan bantuan membiayai kos rawatan perubatan kaki Farish hingga pulih.

Sementara itu, sepanjang ketiadaan Zahid yang merengkok dalam penjara, Liza dan anaknya, Syamil telah berpindah ke banglo dan tinggal bersama dengan ibu bapa mertuanya.

Mungkinkah Reza bersedia untuk memaafkan Zahid di atas segala perbuatan kejam terhadapnya sebelum ini dan berupayakah dia menyelesaikan segala bebanan yang dihadapnya. Adakah kebahagian dalam melayari bahtera perkahwinan bersama Sherin seperti yang diimpikan Reza akan kekal abadi?