UNKNOWN


FILEM: Unknown
ARAHAN: Janume Collet-Serra
PELAKON: Liam Neeson, Diane Kruger, January Jones dan Aidan Quinn
GENRE: Aksi Drama
TAYANGAN: 10 Mac 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (HARIAN METRO)

SINOPSIS UNKNOWN

Unknown mengisahkan Harris dan isterinya, Liz terbang ke Berlin untuk menghadiri persidangan Bioteknologi Antarabangsa. Segalanya bermula dengan sempurna, namun apabila Harris tertinggal beg bimbitnya di lapangan terbang, kehidupannya berubah.

Selepas koma empat hari akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan mendapatkan semula beg bimbitnya, Harris mendapati dia bukan saja kehilangan identiti, malah kerjaya sebagai ahli sains bioteknologi dan isterinya.

Dia turut diekori beberapa individu tidak dikenali yang menghalangnya kembali ke kehidupannya yang dulu. Dalam usaha mendapatkan haknya, dia dibantu imigran berbangsa Bosnia, Gina (Diane Kruger) pemandu teksi yang menyelamatkannya ketika kemalangan.

Bagaimanapun, usaha itu turut mengheret Gina ke kancah komplot yang sebenarnya didalangi sahabat karib Harris, Rodney Cole (Frank Langella). Seorang demi seorang yang cuba membantu Harris mendapatkan identiti sebenarnya mati dibunuh konco Rodney.