BANGKOK TRAFFIC LOVE STORY



FILEM: Bangkok Traffic Love Story (Thai)
ARAHAN: Adisorn Trisirikasem
PELAKON: Sirin Horwang, Theeradej Wongpuapan, Unsumalin Sirasakpatharamaetha
GENRE: Komedi romantis
TAYANGAN: 24 Mac 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (Harian Metro)



SINOPSIS BANGKOK TRAFFIC LOVE STORY

Bangkok Traffic Love Story (BTS) berkisar mengenai pertemuan dua insan bercinta dalam suasana bandar dan sibuk dengan aliran trafik berat. BTS mengenai wanita bujang berusia 30 tahun yakni Mei Ly yang bertemu dengan Lung, seorang jurutera BTS yang kacak. Mei Ly yang sering menggunakan BTS untuk ke tempat kerja, terserempak dengan Lung dan terus jatuh cinta dengan ketampanannya.

Bagaimanapun, tekanan daripada kawan-kawannya yang mula menjalani kehidupan berumahtangga dan beranak-pinak semakin memaksa Mei Ly untuk meyakinkan dirinya untuk mendapatkan jejaka idamannya itu.

Mei Ly bekerja sewaktu dengan pekerja pejabat lain manakala Lung pula pada waktu malam apabila warga kota sedang lena diulit mimpi. Perbezaan itu menjadikan kisah cinta mereka begitu unik dan menghiburkan. Apatah lagi beberapa elemen anime Jepun turut diserap bagi menjadikan kisah cinta mereka tampak comel dan berwarna-warni.

BTS ialah sebuah kisah cinta yang mengambil tempat di bandar raya Bangkok di mana Mei Ly berusaha untuk mencari cinta sejati. Apabila terserempak dengan Lung, Mei Ly yakin lelaki kacak itu ialah orang yang tepat untuk menjadi pasangannya dan terus mengatur langkah.

Walaupun pelbagai dugaan seolah-olah menghalang usahanya untuk menghampiri Lung, Mei Ly tidak akan berputus asa untuk mengejar cinta hatinya itu.

Filem ini sangat sesuai kepada pasangan bercinta remaja yang gemarkan senario ‘comel’ dalam hubungan cinta mereka. Malah, penonton pasti tidak kering gusi melayan keletah Mei Ly yang bersahaja mengejar cinta.



DOWNLOAD BANGKOK TRAFFIC LOVE STORY (Mediafire)
http://www.mediafire.com/?zynwww0wzjg
http://www.mediafire.com/?jznjtn3rmmk
http://www.mediafire.com/?0hgkdgdyz2e
http://www.mediafire.com/?mnwmj0jimxy
http://www.mediafire.com/?ontkjrj0gzj