THE BUTCHER, THE CHEF AND THE SWORDSMAN

FILEM: The Butcher, The Chef and The Swordsman
ARAHAN: Wuershan
PELAKON: Masanobu Ando, You Benchang, Liu Xiaoye, Ashton Xu dan Kitty Zhang Yuqi
GENRE: Aksi komedi
TAYANGAN: 31 Mac 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (Harian Metro)



SINOPSIS THE BUTCHER, THE CHEF AND THE SWORDSMAN
keletah tiga lelaki yang cuba mendapatkan sebilah pisau pemotong mistik. Menariknya, dalam pada pisau itu bertukar tangan, ia membentuk keinginan dan takdir mereka. Dipecahkan kepada tiga senario berbeza; sang pemotong daging, sang tukang masak bisu dan sang pemain pedang percaya mereka mampu menggunakan kuasa pada pisau itu untuk memenuhi keinginan mereka. Namun, di penghujungnya mereka diulit dengan manifestasi ketamakan, kebencian dan khayalan yang di luar harapan mereka.

Kisah pertama apabila sang pemotong daging jatuh cinta pada seorang pelacur yang dijaga ‘ibu ayam’ bernama Madam Hei. Bagaimanapun, dia sering dihina dan dikutuk penghuni rumah pelacuran itu, malah sering menjadi mangsa buli seorang pahlawan berjanggut tebal. Kecewa kerana sering diperlakukan begitu, sang pemotong cuba membunuh diri tapi dianugerahkan sebilah pisau mistik secara tidak sengaja.

Pengkisahan kedua pula bermula apabila ketua restoran Big Eight Chef mengambil seorang lelaki bisu bekerja di dapur restorannya. Namun lelaki bisu itu berniat mahu membalas dendam terhadap Eunuch Liu yang membunuh keluarganya satu ketika dulu. Dalam usahanya itu, dia tidak sengaja membunuh guru masaknya.

Kisah ketiga menjurus kepada seorang pemain pedang sebatang kara. Dugu Cheng memusnahkan kubur ayahnya dan pada masa sama sering memukul abangnya supaya dapat memiliki telerang besi ulung yang dicipta daripada pedang milik pahlawan terdulu. Dugu memaksa tukang besi Fat Tang menghasilkan pedang terbaik dunia. Dalam usaha menghasilkan pedang, Fat Tang mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya.

Secara jujur, The Butcher, The Chef and The Swordsman adalah kisah yang mengandungi pelbagai elemen penyesalan yang disuntik secara lagenda. Filem ini pasti lebih difahami dan menghiburkan