DIARI SUAMI 9 BULAN

Diari Suami 9 Bulan
Tarkh Tayangan: 20 April 2011,
Masa Tayangan: 8.30 malam.
Pelakon: Intan Ladyana, Norliana Samsuddin, Kamal Adli dan Cat Farish.
Sumber: Budiey.com



SINOPSIS DIARI SUAMI 9 BULAN

Ianya berkisarkan tentang alam rumahtangga dua beradik perempuan iaitu Zara dan Zana yang kebetulan di dapati mengandung pada masa yang sama. Maklumlah, ketika mengandung, pelbagai karenah perlu dihadapi oleh si suami iaitu Hairul dan Fazli. Apatah lagi apabila isteri-isteri mereka mengidamkan sesuatu yang pelik dan perli dicari sehingga dapat.

Sejak kedua anak perempuan Zahadi dan Aliza ini mengandung, setiap hari rumah mereka pasti berlaku kekecohan. Tekanan bukan sahaja dirasai oleh kedua ibu bapa mereka tetapi yang paling dahsyat iaitu kedua suami mereka. Pelbagai aksi lucu dapat dilihat menerusi telefilem ini terutamanya ketika Zana dan Zara mengamuk setiap kali permintaan mereka tidak ditunaikan oleh Hairul dan Fazli sepanjang 9 bulan isteri-isteri mereka mengandung. Dapatkah kedua-dua suami ini tahan dengan karenah isteri masing-masing? Saksikan keletah lucu dan juga romantik pasangan suami isteri ini pada 20 April ini jam 8.30 malam menerusi slot Skrin Di 9 secara eksklusif di saluran Di Hatiku.