DON’T GO BREAKING MY HEART



FILEM: Don’t Go Breaking My Heart
ARAHAN: Johnnie To
PELAKON: Louis Koo, Daniel Wu dan Gao Yuan Yuan
GENRE: Drama Romantik
TAYANGAN: 31 Mac 2011
ULASAN: Murshid Eunos (Harian metro)



SINOPSIS DON’T GO BREAKING MY HEART

Kisahnya ringkas yang menceritakan seribu satu warna percintaan tiga segi yang merumitkan. Tidak hanya pengorbanan demi sebuah cinta,

Karya romantik ini mengisahkan perihal wanita berasal dari China, Yen bekerja di syarikat teknologi maklumat di Hong Kong. Leka menjalankan kerja harian membuatkan Yen alpa akan peribadinya hingga satu hari dia mula perasan gelagat lelaki kacak, Sean cuba menarik perhatiannya.

Sean berdepan pejabat dengannya dan hanya menggunakan kertas untuk berkomunikasi dengannya dari jauh. Namun akhirnya Yen sedar tindakan Sean bukan untuknya, sebaliknya gadis lain.


Hatinya yang berputik rasa cinta kembali sedih. Pada masa sama, Yen terserempak pula dengan lelaki pelik yang tinggal keseorangan di sebuah taman. Siapa sangka, lelaki yang teruk keadaannya, Kevin rupa-rupanya adalah arkitek yang hilang rasa yakin kepada diri sendiri.


Yen mencuri peluang membantu Kevin memulihkan keyakinan dirinya. Percubaan itu merapatkan hubungan mereka hingga menyentuh perasaan Yen. Dalam diam, Yen merasakan keserasian antara mereka hingga membuatkan gadis sunyi itu terasa cinta.


Kemudian tanpa disedari, Sean kembali berpaut padanya dan menyedari Yen adalah gadis idamannya. Sean mengejar cinta Yen dan membuatkannya keliru. Kevin pula mengharapkan cintanya dan senario itu menghimpit Yen hingga tersepit antara dua cinta.


Keseluruhannya, Don’t Go Breaking My Heart memang naskhah romantik yang punya kesudahan tersendiri. Lainnya, jalinan plot cerita hingga ke akhir disusun menarik bagi menonjolkan elemen romantik yang jelas.