DOUBLE JEOPARDY (TV2)


Double Jeopardy
Hari Tayangan: Sabtu,
Masa Tayangan: 10.00 malam
Sumber: budiey.com

SINOPSIS DOUBLE JEOPARDY (TV2)

ouble Jeopardy pula yang mengambil kisah Nick Parsons dan Libby bercuti hujung minggu dengan kapal mewah milik mereka. Namun apabila terjaga daripada tidur, Libby mendapati suaminya tiada dan tompokan darah berada di merata-rata tempat. Libby dituduh membunuh suaminya dan didapati bersalah. Enam tahun kemudian, Libby dibebaskan dan dengan bantuan Travis Lehman, dia berusaha mencari anak lelakinya dan mencari kebenaran di sebalik pembunuhan tersebut. Filem ini dibintangi oleh Tommy Lee Jones, Ashley Judd, Benjamin Weir dan Jay Brazeau.

Filem-filem bergenre thriller dan seram sememangnya memiliki tempat di hati penonton tanpa mengira peringkat umur dan bangsa. Apatahlagi sekiranya filem-filem tersebut pernah mengungguli carta box office seluruh dunia.

Justeru dalam meraikan sambutan ke-65 Hari RTM pada 1 April depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan slot khas Thriller Saturday yang menghimpunkan empat filem disiarkan secara berturut-turut setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam di TV2. Tayangan filem-filem tersebut bermula dengan Red Eye (02 April 2011), Double Jeopardy (09 April 2011), Kiss The Girl (16 April 2011), The Bone Collector (23 April 2011) dan diakhiri dengan tayangan filem hebat, Along Came A Spider (30 April 2011).