HELLCATS (TV8)



HELLCATS (TV8)
TARIKH SIARAN:
12/4/2011
HARI: SELASA
MASA SIARAN : 9.30-10.30 MALAM
EPISOD: 13
BAHASA: INGGERIS
SUMBER: BUDIEY.COM
PELAKON: Alyson Michalka, Ashley Tisdale, Robbie Jones dan Matt Barr.



SINOPSIS DRAMA HELLCATS

Masa untuk bersama-sama mengikuti perjalanan pasukan sorak yang penuh dengan drama dalam siri terbaru Hellcats di saluran hip 8TV! Diadaptasi dari buku “Cheer: Inside the Secret World of College Cheerleaders” hasil tulisan Kate Torgovnick, saksikan aksi-aksi menarik pasukan sorak ini yang mula menemui anda pada 12 April 2011 di 8TV. Ikuti perjalanan Marti Perkins; penuntut di Lancer University yang mempunyai impian untuk meneruskan pelajaran dalam jurusan undang-undang dan meninggalkan ibunya yang merupakan seorang kaki botol.

Marti bercita-cita untuk menjadi seorang peguam wanita yang berjaya namun biasiswa yang ditawarkan kepadanya telah dibatalkan dan ibunya tidak menyampaikan berita itu kepadanya, Namun Marti tidak patah semangat dan meneruskan ‘Plan B’ beliau iaitu menyertai pasukan sorak di Lancer University – “The Hellcats”.

Pasukan sorak “The Hellcats” yang kehilangan seorang ahli bernama Alice yang mengalami kecederaan menerima Marti dengan hati terbuka. Segalanya berlaku dengan pantas dan apa yang perlu dilakukan oleh Marti ialah membuktikan kepada semua bahawa beliau mampu menjadi ahli pasukan sorak yang berjaya.

Walaupun Savanna merupakan teman sebilik Marti, namun Marti lebih selesa berteman dengan rakan sepasukannya Lewis. Masalah mula timbul apabila Dan yang merupakan rakan baik Marti dan bekas teman wanita Lewis mula campur tangan dalam persahabatan mereka bedua