IMAM MUDA 2 (ASTRO OASIS)





JUARA IMAM MUDA 2 = Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan)
KUALA LUMPUR, 2 Julai — Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Mohd Hassan Adli Yahya@Hassan, 26, dinobatkan sebagai juara Imam Muda musim kedua selepas menewaskan pencabarnya, seorang Guru Besar sekolah agama di Perak, Nazrul Izwan Zolkiflee.

Kemenangan itu membolehkan Mohd Hassan Adli menerima biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah di Arab Saudi, pakej haji dan umrah, kereta Proton Exora serta wang tunai RM55,000.

Selain itu, beliau menerima trofi, sijil penyertaan serta kad tauliah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, serta hadiah sampingan lain termasuk pakej percutian ke Vietnam, perabot jati bernilai RM15,000, komputer riba dan sebuah kamera digital.

Nazrul Izwan pula menerima biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, pakej umrah, wang tunai RM20,000 serta pakej percutian ke Vietnam dan perabot jati bernilai RM10,000 selain komputer riba, kamera digital, trofi, sijil penyertaan dan kad tauliah Jawi serta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Hadiah disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Kemuncak program yang mengangkat peranan imam ke kaca televisyen itu berlangsung di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam di sini malam tadi. - themalaysianinsider


KEMUNCAK IMAM MUDA MUSIM KE-2 (FINAL)

Setelah hampir 3 bulan bersiaran, kini rancangan Imam Muda (IM) musim ke-2 telah tiba ke kemuncaknya. Pada malam 1 julai 2011 salah seorang daripada dua finalis IM akan dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul. Mawi dan Akil Hayy akan muncul untuk mengadakan persembahan.

Adakah gelaran juara Imam Muda 2 milik Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26 (Hassan) graduan Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu (al-Quran & Hadith) Universiti Islam Antarabangsa (UIA) atau milik Nazarul Izwan Zolkiflee, 26 (Nazarul) pemegang Diploma Pengajian Islam Kolej Pengajian Islam & Dakwah ?

Jangan lupa untuk saksikan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai Imam Muda Terunggul pada pukul 9 malam, hanya di Astro Oasis dan saluran 188.





Kapsul Imam Muda 2
Mula Tayangan: 25 April 2011,
Hari Tayangan: hari Isnin hingga Khamis,
Masa Tayngan: 7.55 malam,

Mimbar Imam Muda 2
Mula Tayangan: 29 April 2011,
Hari Tayangan: Setiap Jumaat,
Masa Tayngan: 6.30 Petang,

Medan Imam Muda 2
Mula Tayangan: 29 April 2011,
Hari Tayangan: Setiap Jumaat
Masa Tayngan: 9 malam,
Mudir Imam Muda 2 (Pengetua) : Dato’ Hassan Mahmud Al-Hafiz
Senarai Mursyid Imam Muda 2 :
  1. Ustaz Ikmal Zaidi
  2. Ustaz Tuan Asmawi
  3. Ustaz Izhar Ariff
  4. Ustaz Zulkefli Hamat

Program realiti Imam Muda musim kedua melakukan perubahan besar apabila turut membuka peluang kepada muslimin dari seluruh dunia hadir uji bakat untuk menyertai program itu.

KUALA LUMPUR: Bekas ahli gimnastik, jurutera dan pensyarah antara 10 calon Imam Muda musim kedua (IM2) yang diumumkan di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), malam Isnin.

Pengumuman tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Oasis (saluran 106). Dua calon berasal dari luar negara iaitu bekas ahli gimnastik Mujahid Suhaimi, 20, (Singapura-pelajar) dan Zulfadli Awang, 24, (Brunei-pegawai masjid).

Sementara yang lain adalah Ali Khairudin Abdul Marif, 26, (Sabah-guru Kafa), Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza, 26, (Perak-pensyarah), Nazrul Izwan Zolkiflee, 26, (Johor-guru besar), Wan Najdi Wan Mohd Noh, 20, (Kelantan-guru tarannum).

Turut serta Mohd Fakhrurrazi Hussin, 27, (Terengganu-imam), Ammar Wan Harun, 27, (Kuala Lumpur-mahasiswa), Mohd Azlan Zulkarnain, 25, (Kuala Lumpur-jurutera) dan Abdul Fattah Riddzwan, 21, (Negeri Sembilan-fasilitator).

Juara akan menerima hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Naib juara bakal memenangi biasiswa pakej emas di universiti yang sama, wang tunai RM20,000, pakej perabot, pakej umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Sementara calon lain akan menerima pakej umrah, pakej percutian, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.