IPARKU DIVA (ASTRO WARNA )



IPARKU DIVA (ASTRO WARNA)
Masa Tayangan: 9.30 malam.
Episode: 13 episod
Pelakon: Rozita Che Wan, Norman Hakim, Sheera Iskandar, Reza Hasbi, Azlee Khairi, Azzarani, Delimawati, Kismah Johari dan pelakon baru, Syaff Syamim.



SINOPSIS IPARKU DIVA (ASTRO WARNA)


Drama komedi ini mengisahkan kehidupan Munirah (Rozita Che Wan) yang berkahwin dengan Cikgu Hassan (Azharani) serta mempunyai seorang anak lelaki yang petah bercakap.

Munirah terkenal sebagai seorang biras dan kakak ipar yang garang, “queen control”, serta berlagak seperti diva sehingga mampu mengarahkan suami untuk melakukan kerja-kerja isteri termasuklah memasak dan mengemas rumah.

Perbuatan Munirah itu menimbulkan rasa tidak puas hati iparnya yang lain sehingga mereka sanggup mengata sesama adik-beradik dan ipar-duai ini.

Namun begitu, kesemua mereka sering bertemu di meja makan yang sama kerana Munirah tidak pandai memasak sementara ahli keluarga yang lain pula mempunyai pelbagai angan-angan yang mungkin tidak kesampaian.