JUST GO WITH IT



FILEM: Just Go With It
ARAHAN: Dennis Dugan
PELAKON: Adam Sandler, Jennifer Aniston, Nicole Kidman, Bailee Madison, Heidi Montag dan Brooklyn Decker
GENRE: Komedi romantis
TAYANGAN: 31 Mac 2011
ULASAN: Murshid Eunos (Harian Metro)


SINOPSIS JUST GO WITH IT

Danny (Sandler) gigih mencari cinta. Namun dia berjaya menemui satu formula yang memudahkannya mendapatkan wanita pilihan iaitu dengan meraih simpati mereka yang dirinya adalah seorang mangsa kepada sebuah perkahwinan yang tidak menjadi.

Setiap kali bertemu wanita baru, Danny akan berpura-pura yang dirinya kesepian, sedih dan kemurungan kerana sering tertipu dengan sebuah perkahwinan menyebabkan wanita-wanita itu mudah kasihan dan memberikannya kasih sayang.

Sehinggalah Danny bertemu dengan seorang wanita idamannya yang benar-benar mencuri hatinya. Bagaimanapun kali ini Danny ingin menggunakan pendekatan lain dengan tidak lagi memakai cincin perkahwinan. Namun gadis itu, Decker yang masih lagi bersekolah berusia 15 tahun mula curiga selepas menemui cincin itu di dalam poket seluarnya menyebabkan Danny terpaksa mencari helah yang kononnya di sudah menceraikan isterinya.


Namun Decker ingin bertemu dengan bekas isterinya untuk mendapatkan restu untuk serius intim dengan Danny. Bermulalah detik mencuit hati apabila Danny terpaksa meminta bantuan daripada pengurus di kliniknya, Katherine (Jennifer Aniston) untuk berpura-pura menjadi bekas isterinya. Katherine yang kebetulan ibu tunggal kepada dua anaknya bersetuju untuk membantu Danny mendapatkan wanita pilihannya.

Entah bagaimana, kekasih Danny mendapat tahu pula yang Katherine sudah mempunyai anak dan dia ingin pula bertemu anak-anaknya kerana menyenangi sikap kanak-kanak.

Keadaan bertambah rumit apabila Danny perlu bersepakat dengan dua anak Katherine agar berlakon yang kononnya dia adalah ayah mereka menyebabkan insiden lucu lain pula timbul hingga mengheretnya terpaksa membawa kesemua mereka termasuk kekasih barunya dan Katherine sendiri melancong ke Hawaii.