KID vs KAT (TV9)



KID vs KAT (TV9)
Mula Tayangan: 7 April 2011
slot : Nickelodeon Di 9.
Masa Tayangan: 3.30 petang
Hari Tayangan: setiap hari Khamis sehingga Ahad
Sumber: budiey.com

SINOPSIS KID vs KAT (TV9)

Kartun animasi yang mengisahkan tentang gelagat seorang budak lelaki berumur 10 tahun, Coop Burtonburger, bersama Mr. Kat, kucing peliharaan adiknya, yang sering bertengkar tentang pelbagai perkara. Pertemuan mereka buat kali pertama adalah apabila adik perempuan Coop iaitu Millie telah terjumpa seekor kucing botak spesis sphinx di belakang rumahnya dan telah diberi kebenaran oleh bapanya untuk memelihara kucing jalanan tersebut.

Setibanya kucing itu di kediaman keluarga Coop, dia sudah merasai sesuatu yang janggal tentang Kat kerana dia seringkali terbabit dalam situasi pelik dan bermasalah. Rupa-rupanya Kat bukanlah sekadar seekor kucing biasa yang mempunyai rupa paras pelik dan menakutkan tetapi ia juga merupakan makhluk asing cybernetic yang mempunyai rancangannya sendiri untuk menguasai dunia dan kembali ke planetnya.

Kat telah mencuba bermacam-macam cara untuk memastikan rancangannya di dunia berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama, Coop pula berhempas-pulas untuk mengorek rahsia di sebalik kewujudan kucing aneh ini.

Apabila Coop cuba untuk mendedahkan rahsia Kat, Coop sendiri pula yang sentiasa dipersalahkan oleh bapanya dan rakan-rakan yang lain kerana tidak percaya seekor kucing mampu melakukan apa-apa kejahatan. Dalam pada masa itu, mereka telah menjadi musuh ketat dan berusaha untuk menghapuskan masing-masing tidak mengira dengan cara apa sekali pun.

Rancangan yang akan bersiaran pada jam 3.30 petang setiap hari Khamis sehingga Ahad ini sememangnya akan memeriahkan petang adik-adik kecil yang ingin berehat di rumah setelah pulang dari sekolah.