THE LAST DRAGON

THE LAST DRAGON
Release Date: 14 April 2011
Genre: Adventure / Action / Creature
Version: English
Cast : Jordan Chan, Sam Neill, Louis Corbett, Robert Mammone, Li Lin Jin
Director: Mario Andreacchio
Sumber: budiey,com



SINOPSIS THE LAST DRAGON


Ia sepatutnya menjadi satu percutian yang aman dan tenteram bagi dua orang remaja; Josh dan Ling yang mengikut ibu bapa masing-masing ke sebuah tapak galian arkeologi yang membosankan di China.

Namun, ketenteraman tersebut tidaklah lama apabila pelbagai kejadian aneh dan misteri berlaku di sekeliling mereka sehingga terlihat kelibat seekor “raksasa” di sebuah gua gelap yang mana pintu masuknya dilindungi oleh sebuah kuil sejak beribu-ribu tahun lamanya. Josh cuba memberitahu ayah dan juga semua orang tentang makhluk aneh tersebut namun hampa kerana mereka menganggapnya sekadar mengada-adakan cerita atau berhalusinasi.

Bagi Ling pula, dia merasakan bahawa kewujudan makhluk tersebut bakal mengundang kejadian yang tidak diingini dan mula sedar bahawa, makhluk tersebut adalah seekor Naga Purba China yang terperangkap di dasar bumi kerana terpisah daripada “mutiara” ajaibnya.

Apa sebenarnya yang berlaku kepada mutiara tersebut? Di manakah ianya sekarang? Apakah bahaya yang tersimpan di sebalik projek galian arkelologi yang sedang diusahakan oleh ayah Josh? Adakah mereka sahaja yang mengetahui tentang kuasa mutiara purba tersebut? Naga yang nyenyak tidur kini telah terjaga. Pertempuran hebat antara yang baik dan jahat bakal tercetus. Dan ibu bapa kedua-duanya akhirnya menyedari hakikat bahawa anak mereka sememangnya bercakap benar. Ia menjadi sebuah percutian yang pasti sukar dilupakan!