MASTIKA MENCARI LOGIKA (ASTRO PRIMA)


MASTIKA MENCARI LOGIKA
Genre : Dokumentari-Majalah-Realiti Tv
Durasi : 30 minit/episod
Episod : 13 Episod
Hos : Intan Liyana & Alif Satar
Terbitan : Utusan Studios
Kerjasama : Utusan Karya Sdn Bhd (UKSB)
Siaran : Astro Prima (bermula 8 April/Jumaat 2011)
Masa: 7.30pm
Sumber: budiey.com



SINOPSIS MASTIKA MENCARI LOGIKA (ASTRO PRIMA)

MASTIKA MENCARI LOGIKA merupakan sebuah program tv berinspirasikan majalah Mastika yang memaparkan sebuah kembara realiti pengalaman menarik & mendebarkan dalam pencarian logika disebalik pelbagai fenomena paranormal & kepercayaan mistik di luar jangkauan minda yang berlaku di serata tanahair.

MML yang turut diilhamkan dari penceritaan sebuah lagi majalah terbitan UKSB, Infiniti, merangsang perhatian & pertimbangan rasional penonton secara kritis agar bebas dari penjara takhyul & khurafat menerusi perspektif para Intelek Sains Islami pelbagai bidang khususnya dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

MML menyingkap rahsia alam mistika menerusi pengalaman secara langsung hos yang berdepan dengan pelbagai suasana menyeramkan yang mencabar kekuatan mental & fizikal bagi persembahan yang lebih menarik & realistik.

MML dijangka bakal mencetus satu fenomena baru dalam perhatian genre mistik kerana ia menggabungkan elemen seram, mistik, ilmiah dan karakteristik spontan yang dipaparkan menerusi penyampaian kreatif, inovatif & mencabar minda.


ANTARA EPISOD MENARIK..
  1. Sekumpulan pengamal perubatan tradisional yang menyeru ‘Penunggu’ untuk merasuk salah seorang dari mereka untuk ‘berdialog sebelum membuangnya’..
  2. Sebuah kampung yang didakwa ‘keras’ kerana dipenuhi jelmaan ‘Saka’ & ‘Penunggu’ & Sihir’..
  3. Seorang Tua ‘berilmu besi’ yang boleh menundukkan serta mengawal besi & senjata lama menerusi ‘berdamping’ dengan ‘Penjaga-penjaganya’..
  4. Seorang ‘Bomoh Hujan’ yang menunjukkan kehebatan mengawal cuaca dan memindahkan hujan..
  5. Jin diperangkap dalam botol.