NANA NARITA (TV9)

Nana Narita
slot: Oh! Mari Gelak
Hari Tayangan: setiap Sabtu dan Ahad,
Masa Tayangan: 8.30 malam di TV9.
Sumber: Harian Metro



Sinopsis Nana Narita (tv9)

Minat yang sangat mendalam terhadap animasi Naruto membuatkan Nana Narita lakonan Faezah Elai terikut-ikut akan watak Naruto. Apatah lagi masa lapangnya diisi dengan membaca komik dan video Naruto serta menjaga ayam di kampung yang juga binatang peliharaannya iaitu Gamakokok.

Walaupun gemar melangkah ke dalam alam fantasinya, Nana sentiasa mendapat keputusan cemerlang di dalam subjek seni lukis dan rekacipta lalu ditawar untuk melanjutkan pelajarannya di sebuah kolej swasta di ibu kota.

Meskipun dia teruja, namun Nana berat hati untuk meninggalkan ibu saudaranya, Makcik Salmah (Anne Abdullah), yang menjaganya sejak kecil lagi. Ini kerana Salmah selalu diganggu oleh Aman Khan (Radhi Khalid), seorang duda yang ingin menjadikan Salmah sebagai isteri barunya. Salmah sangat bersyukur yang Nana dapat belajar di ibu kota tetapi risau sesetengah pihak tidak dapat menerima perangai dan cara pelik Nana dari segi percakapan, kelakuan atau pakaian.

Rakan-rakan baik Nana yang menerimanya seadanya adalah Ijal (Zoey) dan Mona (Miera Liyana) yang ditugaskan oleh Nana untuk menjaga Salmah daripada gangguan Aman Khan dan anaknya, Bulat (Azwan Anwar).

Setibanya Nana di kolej barunya, sudah terdengar ejekan pelajar-pelajar popular yang tidak dapat menerima caranya yang begitu berbeza. Memang ramai remaja yang ingin mengekspresikan dirinya yang tersendiri dan Nana menunjukkan minatnya yang mendalam terhadap Naruto melalui pakaian dan cara hidupnya.

Dapatkah Nana mengharungi hari-harinya di kolej dengan segala persepsi buruk oleh orang ramai? Bolehkah dia berdikari tanpa keluarga dan rakan-rakannya di ibu kota? Dengan Naruto sebagai inspirasinya, apakah nasib Nana kelak?


DOWNLOAD NANA NARITA (hotfile)

Ep01 ~ http://hotfile.com/dl/110966204/8883499/Ep01.NaNaNaRiTa.avi.html
Ep02 ~ http://hotfile.com/dl/111111461/733edb5/Ep02.NaNaNaRiTa.avi.html
Ep03 ~ http://hotfile.com/dl/112151617/a853bef/Ep03.NaNaNaRiTa.avi.html
Ep04 ~ http://hotfile.com/dl/113105843/31990b4/Ep04.NaNaNaRiTa.avi.html
Ep05 ~ http://hotfile.com/dl/113236388/78c599c/Ep05.NaNaNaRiTa.avi.html