OVERHAULIN (8TV)




OVERHAULIN (8TV)
TARIKH SIARAN: 3 APRIL 2011
MASA SIARAN: 10.30 – 11.30 MALAM
HARI SIARAN: SETIAP AHAD
TOTAL EPISOD: 8
BAHASA: INGGERIS
SUMBER: BUDIEY.COM


Pakar-pakar kereta kembali untuk memberi nafas baru kepada kereta-kereta lama. Automobile Designer Chip Foose dan kumpulan A-Team bergabung untuk memberi kejutan kepada mangsa-mangsa baru dalam pengubahsuaian kereta-kereta milik mereka. Kru-kru OverHaulin’ akan membawa penggemar-penggemar kereta ini untuk menyaksikan teknologi dan gajet terbaru yang pastinya bakal memberi rupa baru kepada kereta-kereta antik anda!

Kru-kru ini perlu bekerja keras untuk mengubahsuai kereta-kereta lama ini menjadikan ia sebuah kereta yang hebat dalam tempoh seminggu. Sentuhan magis pakar-pakar kereta ini pasti membuatkan anda teruja dan pastinya memberi kejutan kepada pemilik-pemilik kereta ini.

Dalam musim ini, Chris Jacobs dan Adrienne Janic “A.J” sekali lagi kembali sebagai hos yang akan cuba membuat helah untuk mangsa-mangsa baru bagi musim ini. Ada yang menyamar sebagai pegawai insurans tidak kurang juga yang menyamar sebagai pegawai polis untuk memperdaya mangsa.

Anda dapat menyaksikan ubahsuai kenderaan lama dan baru dalam musim OverHaulin’ musim ke-5 ini! Musim terbaru OverHaulin’ akan disiarkan setiap Ahad bermula 3 April 2011 jam 11.30 malam secara PERCUMA di 8TV. Anda juga boleh menonton siaran 8TV di sakuran 708 Astro atau layari laman sesawang www.8tv.com.my / www.tonton.com.my untuk menonton program kegemaran anda. Selamat menonton!