PENUNGGU ISTANA

Penunggu Istana
Syarikat Penerbit : Primeworks Studios Sdn Bhd (Grand Brilliance Sdn. Bhd.)
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Ngeri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 21 April 2011
Durasi : 82 min
Sumber: sinemamalaysia.com




DOWNLOAD FILEM PENUGGU ISTANA (jiwang.org)
HOTFILE = PART1, - PART2, PART3, - PART4



SINOPSIS PENUNGGU ISTANA

Buat pertama kalinya, penonton filem di Malaysia akan disajikan dengan filem berbentuk dokumentari realiti seram bergenrekan paranormal! Ini bermakna cerita yang terkandung di dalam filem ini bukanlah sebuah cerita kosong, tetapi ia adalah sebuah pendedahan secara realiti terhadap aktiviti paranormal di sebuah tempat yang dipercayai sangat berpuaka iaitu sebuah rumah yang telah ditinggalkan lebih 100 tahun di Perak dan dikenali sebagai Istana Billah.

Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu “The Seekers Team” yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama ‘Warkah Terakhir’ telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah ‘Warkah Terakhir’).

Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza. Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak.

Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh ‘penghuni-penghuni’ yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.