RED EYE (TV2)



Red Eye
Hari Tayangan: Sabtu,
Masa Tayangan: 10.00 malam
Sumber: budiey.com

SINOPSIS RED EYE (TV2)

Red Eye lakonan Rachel McAdams, Brian Cox dan Cillian Murphy ini mengisahkan seorang pengurus hotel dikenali sebagai Lisa Reisert yang dalam perjalanan pulang ke Miami selepas menghadiri pengebumian neneknya. Dalam penerbangan dia bertemu dengan Jack Ripner. Dia menyedari diculik oleh Jack yang menyuruh dia membunuh William Keefe, Ketua ‘Homeland Security’. Jack mengugut Lisa akan membunuh bapanya jika dia tidak bekerjasama. Berada di ketinggian 30000 kaki, apakah yang harus Lisa lakukan untuk menyelamatkan diri?

Filem-filem bergenre thriller dan seram sememangnya memiliki tempat di hati penonton tanpa mengira peringkat umur dan bangsa. Apatahlagi sekiranya filem-filem tersebut pernah mengungguli carta box office seluruh dunia.

Justeru dalam meraikan sambutan ke-65 Hari RTM pada 1 April depan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan slot khas Thriller Saturday yang menghimpunkan empat filem disiarkan secara berturut-turut setiap hari Sabtu, jam 10.00 malam di TV2. Tayangan filem-filem tersebut bermula dengan Red Eye (02 April 2011), Double Jeopardy (09 April 2011), Kiss The Girl (16 April 2011), The Bone Collector (23 April 2011) dan diakhiri dengan tayangan filem hebat, Along Came A Spider (30 April 2011).