SOURCE CODE



FILEM: Source Code
ARAHAN: Duncan Jones
PELAKON: Jake Gyllenhaal, Michelle Monaghan dan Vera Farmiga
GENRE: Aksi
TAYANGAN: 7 April 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari

SINOPSIS SOURCE CODE

Filem yang kini menduduki carta kedua di senarai ‘box office’ di Amerika Syarikat ini mengisahkan seorang bekas tentera yang dalam misi menyelamatkan sebuah kereta api penumpang daripada meletup.

Misi pertama diwujudkan pakar pasukan tentera itu sebenarnya bertindak sebelum sesuatu kejadian tidak diingini berlaku. Namun, untuk misi itu berjaya, hanya segelintir orang mampu mengawal sumber itu dan ia dikenali sebagai Source Code.

Biarpun gagal dalam misi pertama, Colter berpeluang mengulangi misi itu sehingga berjaya tertangkapnya penjahat. Bagaimanapun, kekeliruan demi kekeliruan yang mengganggu pemikiran Colter pada ketika menjalani misi terjawab dan dia akhirnya sedar tanggungjawab sebenar.

Namun, dalam usahanya itu, dia jatuh hati dengan seorang wanita yang turut berada di dalam koc penumpang, Christina Warren (Michelle Monaghan).

Walaupun dia hanya ada masa lapan minit untuk sama ada menyelamatkan wanita itu atau seluruh penumpang,