SUCKER PUNCH (DOWNLOAD)



FILEM: Sucker Punch
ARAHAN: Zack Snyder
PELAKON: Abbie Cornish, Carla Gugino, Emily Browning, Jamie Chung, Jena Malone, Jon Hamm dan Scott Glenn
GENRE: Aksi Fantasi / Epik
TAYANGAN: 24 Mac 2011
ULASAN: Murshid Eunos (Harian Metro)




DOWNLOAD SUCKER PUNCH
MEDIAFIRE = PART1 - PART2 -PART3 - PART4


SINOPSIS SUCKER PUNCH

mengisahkan nasib seorang gadis yang hidupnya lara kerana membesar dengan seorang ayah tiri yang kejam. Bukan saja mental dan emosi didera, malah segala keinginan dan kebebasan yang diinginkan seorang gadis muda sepertinya tidak pernah diberi sebaliknya hidupnya dikawal serta terperuk.

Namun kerana terlalu kecewa, sedih dan tidak mampu menanggung penderitaan itu, si gadis comel tadi mengalihkan perhatiannya kepada imaginasi yang sering kali menjadi temannya. Dia selalu membayangkan kehidupan gelapnya itu akan diselamatkan satu kuasa yang membawanya jauh ke dunia kebebasan.

Usianya yang muda dan tidak mampu membezakan alam fantasi dan dunia realiti membuatkan si gadis tadi terus khayal dalam imaginasinya. Terus terperangkap namun semua yang bermain di fantasinya seakan wujud dan benar-benar membantunya terlepas daripada cengkaman kekejaman ayah tirinya.


Pengembaraannya merempuh setiap satu fantasi itu menemukan si gadis tadi dengan pelbagai karektor yang mengundang rasa tenang dan kebahagiaan kepadanya hingga terlupa akan rasa takut dan fobia kepada dunia lamanya.

Keseluruhannya, Sucker Punch punya mesej tersendiri meskipun garapannya penuh fantasi dan suntikan elemen tidak logik yang banyak mewarnai filem ini. Lakonan dan persembahan barisan pelakon berjaya menghidupkan perasaan gembira dan babak penuh emosi yang turut ada sepanjang naskhah ini menceritakan plot ceritanya.