AIR MATA BUAYA (TV1)




Air Mata Buaya
TaRikh: 29 Mei 2011,
Masa Tayangan: 10.00 pagi
Pelakon: Fadzilah Mansor, Mubarak Majid, Eira Syazira, Abby Abadi, Eizlan Yusof
Sumber: BUDIEY.COM



SINOPSIS AIR MATA BUAYA (TV1)

mengisahkan Jai yang selalu jatuh cinta walaupun telah beristeri dengan seorang wanita yang jelita. Itulah yang memeningkan ibunya, Puan Ainon. Sekalipun Jal telah berkahwin dan mempunyai isteri yang cantik seperti Angelina Jolie, tapi dia pantang nampak perempuan cantik. Hatinya mudah cair dan mudah jatuh cinta.

Banyak kali isterinya, Shira makan hati dengan sikap Jal. Shira juga selalu merajuk dan memarahinya. Tapi setiap kali Jal tertangkap dan berjaya membuktikan Jal punya hubungan dengan perempuan lain, setiap kali itu jugak Jal akan menangis dan minta maaf dari Shira. Jal janji tak akan buat lagi dan setia kepada isterinya seorang.

Tapi setiap kali itu jugalah Jal akan mungkir janji. Jal tahu dia bersalah dan Jal tak pernah menyalahkan Shira. Malah kesalahan tidak pernah diletakkan di bahu orang lain. Dia mengakui kesalahan datang daripada dirinya juga.Begitu pun Jal akur. Dia tak boleh buat apa-apa kerana perasaan cinta dalam dirinya datang umpama datangnya bulan.

Sementara itu kesabaran Shira sebagai isteri tiba di kemuncaknya. 11 tahun usia perkahwinan mereka dengan lebih 20 kes cinta gelap Jal, rasanya Shira tidak lagi mampu bertahan. Airmatanya sudah kering, hatinya sudah beku, cintanya mati. Shira mengambil keputusan meniggalkan Jal bagi menyejukkan hatinya. Ibu Jal berpakat untuk mengenakan Jal.

Lalu apakah yang terjadi seterusnya? Dapatkah mereka mempertahankan hubungan yang dibina atas dasar cinta demi anak-anak yang tersayang? Saksikan kesudahannya menerusi drama menarik Air Mata Buaya pada 29 Mei 2011, jam 10.00 pagi di TV1.