AYU SURAYA (ASTRO PRIMA)



AYU SURAYA
Episode: 13 episode
Hari Tayangan: setiap selasa
Masa Tayangan: 10malam
Mula Tayangan: 26 april 2011
Pelakon: Ayu Suraya (lakonan Zarina Zainoordin), Syed Ali (Remy), Rizman Khuzaimi (Lokman), Shah Jaszle (Kamal), Wan Sharmila (Rita) dan Razak Ahmad (Razak).



SINOPSIS AYU SURAYA (ASTRO PRIMA)
Ayu Suraya (lakonan Zarina Zainoordin) ialah sebuah drama bersiri 13 episod tentang seorang gadis yang mempunyai dua personaliti berbeza akibat trauma akibat pengalaman hidup yang memeritkan sejak muda. Ayu ialah seorang gadis yang baik, lemah lembut dan sentiasa ditindas. Manakala Suraya pula seorang yang pendendam dan gilakan harta dunia.

Turut membintangi drama bersiri ini termasuklah Syed Ali (Remy), Rizman Khuzaimi (Lokman), Shah Jaszle (Kamal), Wan Sharmila (Rita) dan Razak Ahmad (Razak). Ayu Suraya bakal bersiaran pada setiap hari Selasa jam 10.00 malam bermula 26 April 2011.