A CHINESE GHOST STORY (DOWNLOAD)






FILEM: A Chinese Ghost Story
ARAHAN: Wilson Yip
PELAKON: Siu-Wong Fan, Kara Hui dan Louis Koo, Liu Yifei
GENRE: Romantik seram
TAYANGAN: 21 April 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari




DOWNLOAD A CHINESE GHOST STORY
MEDIAFIRE = PART1, - PART2, - PART3
Kredit: teamgempak


SINOPSIS A CHINESE GHOST STORY
Mengisahkan Yin Chek Ha (Louis Koo) yang mahu menjadi pemburu hantu terbaik tapi tersilap langkah apabila jatuh cinta dengan hantu yang patut dibunuhnya. Susulan kejadian yang hampir meragut nyawa dan kekasih hantunya, Yin Chek Ha terpaksa bersembunyi di kawasan berhampiran kampung Gunung Hitam yang turut didiami hantu jahat yang berkuasa.


Walaupun sedar hatinya masih bersama gadis hantu itu, dia cuba melupakan detik indah bersamanya dengan membunuh seramai mungkin hantu yang ditemuinya.

Selepas beberapa tahun, dia sedar sejarah lama berulang dan hatinya belum dapat melupakan kekasih yang berjaya mencuri hatinya. Namun, apa yang dijelaskan melalui sinopsis tidak sama dengan apa yang cuba dipaparkan. Plotnya lebih banyak berkisar mengenai kisah cinta sang hantu dengan si pegawai kerajaan.

Seawal plot bermula, penonton disajikan dengan kisah cinta hantu jelita dan sang pemburu hantu yang terpaksa berkorban demi cinta mereka. Kemudian, sikit demi sikit watak mereka mula berkembang dan kisah cinta mereka tenggelam seketika.

Pada penghujung cerita, baru penonton dibangkitkan semula kisah cinta yang pernah berputik antara dua makhluk itu. Ini kerana di pertengahan cerita, penonton terus disajikan pula kisah cinta sang hantu dan pegawai kerajaan yang lurus.