CINTA FITRI (TV9)



CINTA FITRI (TV9)
Hari Tayangan: Isnin hingga Khamis,
Masa Tayangan: 12.30 tengahari
Mula Tayangan: 9 Mei 2011.
Pelakon: Teuku Wishu (Pelakon Lelaki Terbaik), Adly Fairus (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik), Shireen Sungkar (Pelakon Wanita Terbaik) dan Dinda Kanya Dewi (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
episodes: 893 episode (musim 1 hingga 6), 200episode (musim 1)



CINTA FITRI (TV9)
Cinta Fitri bermula dengan kehidupan seorang anak gadis bernama Fitri lakonan Shireen Sungkar yang baik hati dan dibesarkan oleh makciknya sejak kecil kerana ibu dan bapanya telah meninggal dunia. Fitri mempunyai kekasih bernama Firman dan tinggal di Jakarta. Suatu hari, Fitri telah berangkat ke Jakarta untuk bertemu dengan bakal keluarga mertuanya. Kegembiraan yang diimpikan selama ini bertukar menjadi mimpi ngeri buat Fitri kerana setibanya di rumah Firman, Fitri disambut dengan kedukaan dan kekecewaan apabila melihat kubur Firman.

Fitri perlu tabah menghadapi segalanya tanpa bakal suami yang sepatutnya dikahwini. Fitri ingin mencari kerja di Jakarta kerana tidak mahu membuatkan makciknya berasa sedih. Nasib tidak menyebelahinya apabila duitnya dicuri ketika berada di terminal bas. Fitri berusaha mencari pekerjaan bagi menampung kehidupannya di kota besar itu. Akhirnya dia bekerja di sebuah warung nasi soto milik Maya.

Maya merupakan anak hartawan yang dihalau dari rumah akibat mengahwini suaminya Bram, seorang lelaki yang miskin. Hutama, bapa kepada Maya tidak merestui perkahwinan mereka. Pada masa yang sama, Moza yang juga merupakan anak orang kaya telah dijodohkan dengan Farrel tetapi Farrel tidak mempunyai hati terhadap Moza kerana telah kecewa ditinggalkan kekasihnya yang belajar di luar negara iaitu Mischa. Sejak ketiadaan Mischa, Farrel telah jatuh hati dengan Fitri namun hubungan mereka sentiasa diganggu oleh Moza.

Hubungan cinta Fitri dan Farrel begitu kukuh sehingga berjaya membuatkan Moza tersingkir di dalam hidup Farrel. Namun keadaan menjadi semakin rumit apabila Mischa, bekas teman wanita Farrel muncul. Ini membuatkan Farrel menjadi semakin keliru dan berbelah bahagi kerana Farrel menyayangi kedua-duanya. Apakah keputusan yang bakal diambil oleh Farrel? Untuk mengetahui kesudahannya, jangan lupa untuk menyaksikan CINTA FITRI yang bakal disiarkan menerusi TV9 pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 12.30 tengahari bermula 9 Mei ini