JALAN TERAKHIR MAMA (TV1)




Jalan Terakhir Mama
Tarikh: 20 Mei 2011,
Masa: 10.30 pagi (TV1)
Sumber: budiey.com.

SINOPSIS JALAN TERAKHIR MAMA (TV1)
Jalan Terakhir Mama mengisahkan Ima, seorang ibu tunggal iaitu ibu kepada Haikal dan Hanim yang merana kerana kehilangan hak penjagaan terhadap anak-anaknya itu sebaik sahaja Ima disahkan sebagai pembawa virus HIV Positif. Ima menjadi tidak keruan dan tidak dapat menerima kenyataan bahawa dia telah kehilangan hak penjagaan anak-anaknya kepada bekas suaminya, Hairul lakonan Arash Mohamad. Ima tidak dibenarkan berjumpa dengan Haikal dan Hanim oleh bekas suaminya yang sering menuduh Ima sebagai seorang isteri curang dan tidak patut didampingi kerana menghidap virus HIV positif.

Ima yang selalu merindui anak-anaknya itu tekad melanggar keputusan mahkamah mengenai hak penjagaan lalu menculik Haikal dan Hanim. Mengimbau sejarah silam, Ima sebenarnya seorang isteri dan ibu yang periang sehinggalah satu kejadian hitam menimpa dirinya. Ima telah menjadi mangsa rogol adik iparnya sendiri iaitu Haris yang pulang bercuti dari Amerika syarikat. Harislah pembawa virus maut itu dan menjangkitan penyakit berbahaya itu kepada Ima. Ini disebabkan dendam Haris kepada abangnya yang tidak pernah memberikan sokongan dan bantuan dalam kerjayanya. Walau bagaimanapun, Haris telah meninggal dunia di perantauan.

Di sebabkan naluri keibuan yang kuat dan rindunya terhadap anak-anak, Ima bertekad melarikan diri dari pusat tahanan yang dibantu oleh Michelle (Elaine Daly). Ima tidak berniat jahat dan berdendam kepada sesiapa, hanya ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama anak-anaknya tercinta sebelum menghembuskan nafasnya ynag terakhir.

Kehilangan mereka telah menjadi buruan pihak berkuasa. Hairul tidak berputus asa mencari anak-anaknya dengan bantuan pihak berkuasa. Ima Dan Michelle kini menjadi orang buruan polis. Pelbagai insiden suspen berlaku dalam perlarian tersebut, Michelle dapat diberkas polis. Sementara Ima berjaya melepaskan diri dengan anak-anaknya.

Perlarian Ima akhirnya sampai ke penghujungnya apabila Ima menuju ke kampungnya dan bertekad ingin menghembuskan nafas terakhirnya di situ. Pihak polis dan Hairul berjaya menjejakinya.