KEMBOJA DI LADANG DUKA (TV1)





KEMBOJA DI LADANG DUKA (TV1)
Slot: Panggung 1 pada
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2011,
Masa Tayangan: 3.05 petang
Pelakon: Adrea Abdullah (Salbiah muda) dan Liza Othman (Salbiah sekarang), Aida Aris, Irfan Roslan, Rizal Jefri dan Nazrien Ikmal
Sumber: budiey.com

SINOPSIS KEMBOJA DI LADANG DUKA (TV1)

Ia berkisarkan Salbiah, isteri seorang peneroka Felda yang pada mulanya hidup dalam kesempitan dengan pelbagai rintangan yang terpaksa dihadapi dalam menempuh liku-liku kehidupan untuk membesarkan anak-anaknya, Imran dan Amran yang masih kecil.

Begitu pun dugaan hidupnya bagai jatuh ditimpa tangga. Penderitaannya bertambah apabila suaminya, Rahman meninggal dunia akibat dipatuk ular berbisa. Dia kehilangan tempat bergantung dan bingung memikirkan masa depan mereka terutama untuk membesarkan Imran dan Amran.

Kehidupannya kemudian diteruskan dengan menyambung tugas-tugas suami sebagai peneroka Felda. Segala jerih perit dan usaha kerasnya akhirnya berbayar apabila dia berjaya mendidik anak-anak sehingga ke peringkat tertinggi. Di samping itu dia memikul tanggungjawab menjadi peneroka yang berjaya. Hinggalah dia berjaya menerima anugerah peneroka contoh dan ibu mithali.

Harapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Setelah kejayaan dikecapi, dia kecewa dengan sikap anak sulungnya, Imran yang lebih mementingkan kata-kata isteri.

Bagaimanakah nasib Salbiah? Adakah dia mampu menyedarkan anaknya kembali ke pangkal jalan?