LIVING WITH A SUPERSTAR SHAH RUKH KHAN (TV1)



LIVING WITH A SUPERSTAR SHAH RUKH KHAN (TV1)
Mula Tayangan: 8 Mei 2011
Hari: Ahad,
Masa Tayangan: 3.05 petang
Episode: 10 episod
Sumber : budiey.com



SINOPSIS LIVING WITH A SUPERSTAR SHAH RUKH KHAN (TV1)

Sepanjang 10 episod siarannya, Shah Rukh Khan yang terkenal menerusi filem Kuch Kuch Hota Hai (1998) mempunyai ijazah sarjana dalam bidang komunikasi dari Jamia Millia Islamia University itu berkongsi format televisyen yang unik dimana untuk pertama kalinya, penonton dibawa ke dalam dunia peribadi dan eksklusif Shah Rukh Khan.

Program ini menyajikan penonton dengan mengintip ke dalam kehidupan superstar itu dan sekaligus mengetahui pengalaman seumur hidupnya. Malah turut dipaparkan aspek kehidupan peribadinya yang selama ini tidak pernah sekalipun dengan peminatnya.

Penonton disajikan dengan relaliti kehidupan seharian yang lengkap Shah Rukh Khan bersama keluarga ketika masa bercuti, hubungan dengan isterinya, adik-beradik, anak-anak dan teman-temannya dalam program khas yang diarahkan oleh pengarah terkenal Samar Khan.

Siri ini pastinya bakal mengubah seni membuat filem dokumentari dimana ia membolehkan penonton televisyen menjadi sebahagian dari kehidupan superstar dan saksi saat-saat paling peribadi dan kehidupan peribadi rutin seharian.

Seterusnya menerusi program ini turut menyoroti pengalaman Shah Rukh Khan sebagai duta jenama untuk produk, penglibatannya dalam filem Nama Saya Khan dan caranya bekerja dengan krew penerbitan filem yang bekerja untuknya.

Pastinya penonton bertuah kerana menerusi program ini, Shah Rukh Khan membongkar rahsia bagaimana cara dirinya bertindak untuk merencana visi dan masa depannya kelak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bintang hebat ini, pastikan anda meluangkan masa hujung minggu menyaksikan Program Living With A Superstar Shah Rukh Khan setiap Ahad, jam 3.05 Petang di TV1.