THE LOST BLADESMAN

FILEM: The Lost Bladesman
ARAHAN: Alan Mak, Felix Chong
PELAKON: Donnie Yen, Sun Li dan Andy On
GENRE: Aksi Drama
TAYANGAN: 28 April 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (harian metro)


SINOPSIS THE LOST BLADESMAN
diadaptasi daripada novel legenda ‘Romance of the Three Kingdoms’ . Guan yang terpaksa memilih antara cinta, peperangan dan keamanan kurang menjadi.Dengan wajah tampak kaku, perasaan gundah gulana. Fokus kepada filem ini ialah mengenai kehidupan Guan, panglima perang terkenal di era tiga maharaja. Turut dikenali sebagai Tuhan Perang, Guan ialah panglima paling digeruni ketika Dinasti Han.

Pada tahun terakhir Dinasti Han, keputusan mahkamah di bawah Perdana Menteri Cao Cao. Apabila pasukan Cao Cao berjaya menumpaskan pemberontakan Liu Bei, mereka merampas dua isteri, gundik dan ahli keluarga Liu Bei sebagai tebusan, termasuk saudara lelaki pemberontak itu iaitu Guan.

Cao Cao kagum dengan ketangkasan dan kepahlawanan Guan dan berhasrat mengekalkannya tapi kesetiaan Guan hanya kepada Liu Bei. Bila Cao Cao mengetahui Guan menyintai gundik Liu Bei, Qilan, dia mula mengatur strategi untuk memerangkap kesetiaan Guan.

Guan melarikan diri bersama Qilan tapi untuk sampai ke Liu Bei, mereka perlu melalui lima laluan. Walaupun penat membunuh, dia terpaksa berjuang demi tiba ke destinasi tetapi pada masa meninggalkan ratusan mayat musuh di setiap laluan.

Namun, di akhir perjalanan, mereka diserang hendap pasukan diraja yang turut disertai Cao Cao. Pun begitu, Cao Cao tetap menghormati Guan lantas melepaskannya.