PRIEST (18PL)


FILEM: Priest
ARAHAN: Scott Stewart
PELAKON: Paul Bettany, Karl Urban, Cam Gigandet, Maggie Q, Lily Collins dan Stephen Moyer
GENRE: Aksi seram
TAYANGAN: 11 Mei 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (HARIAN METRO)



DOWNLOAD FILEM PRIEST
DOWNLOAD PART 1
DOWNLOAD PART 2

SINOPSIS PRIEST

Plot Priest berkisar kehidupan pahlawan paderi legenda selepas era perang pontianak. Pahlawan itu bersama beberapa manusia lain hidup di dalam sebuah komuniti terkurung yang dikuasai pihak gereja.


Satu hari anak gadisnya, Lucy yang diserahkan kepada sebuah keluarga biasa sebelum dia menyertai pihak gereja, diculik sekumpulan pontianak. Berikutan itu, dia terpaksa melanggar perjanjian bersama gereja untuk tidak keluar daripada komuniti itu dan menentang pontianak atas desakan menyelamatkan Lucy.


Bersama si paderi, dia ditemani anak muda yang juga teman lelaki Lucy (Cam Gigandet) dan Paderi Wanita (Maggie Q) untuk menentang kumpulan pontianak.


Dalam usaha menyelamatkan Lucy, mereka berdepan masalah lebih besar. Rupa-rupanya, segerombolan tentera pontianak baru dalam perjalanan untuk memusnahkan komuniti mereka diketuai bekas Pahlawan Paderi, Black Hat (Karl Urban).