PUNISHED



FILEM: Punished
ARAHAN: Wing-Cheong Law
PELAKON:Anthony Wong, Richie Ren, Janice Man, Maggie Cheung dan Candy Lo
GENRE: Drama
TAYANGAN: 12 Mei 2011
ULASAN: Amirul Haswendy Ashari (harian metro)



SINOPSIS PUNISHED

Plot bermula apabila anak Wang Chao, Daisy (Janice Man) diculik selepas bergaduh dengan bapanya yang terlalu mengongkong. Pada mulanya, Wang Chao beranggapan penculikan itu adalah rancangan Daisy untuk mendapatkan wang mudah.


Namun anggapan salah Wang Chao akhirnya membawa padah apabila anaknya dibunuh selepas wang tebusan dibayar. Sebagai hukuman, dia mengupah pengawal peribadinya Yao Kai untuk memburu dan membunuh mereka yang bertanggungjawab.

Namun selepas seorang demi seorang diburu dan dibunuh, dia mula merasakan semua itu tidak akan berakhir. Lantas pada satu tahap, dia mula sedar segala yang berlaku itu lebih memburukkan keadaan sedia ada.