RAISING HELEN (TV2)



RAISING HELEN (TV2)
Masa Tayangan: 3.30PETANG
Tarikh: 2 Mei 2011
Sumber: budiey.com


SINOPSIS RAISING HELEN (TV2)
Saksikan juga filem Inggeris Raising Helen lakonan berkesan Kate Hudson, John Corbett, Joan Cusack, Hayden Panettiere, Spencer Breslin dan Abigail Breslin yang berkongsi kisah seorang eksekutif muda yang berjaya dalam dunia fesyen dikenali sebagai Helen Harris.

Helen bertanggungjawab menjadi penjaga kepada tiga orang anak saudaranya selepas kematian kakak dan abang iparnya. Helen berpindah dari Manhattan ke Queens dan berdepan dengan kesulitan dalam menjadi kehidupan barunya di situ.

Lalu apakah yang berlaku kepada Helen dan anak-anak buahnya itu? Adakah Helen mampu untuk memikul tanggungjawab besar terhadap mereka sendirian? Kesudahannya hanya akan diketahui apabila anda meluangkan masa menyaksikan filem ini di TV2.