SEJADAH KAABAH (TV3)



Sejadah Kaabah
Pelakon: Sharifah Shahrizah, Eika Farhana, Esliza Loy, Hanis Kamal dan Noorkhiriah
Tarikh Tayangan: 14 Mei 2011,
Masa Tayangan: 10.00malam.
Sumber: budiey.com



SINOPSIS SEJADAH KAABAH (TV3)
“Sejadah Kaabah” mengisahkan tentang seorang ibu iaitu Lijah dan anaknya, Izah, yang berumur 10 tahun dalam mengharungi keperitan hidup apabila Lijah terpaksa menyara keluarga dengan hanya menjual nasi lemak di kaki lima dan mengambil upah menjahit di waktu malam. Cita-cita Lijah adalah untuk menunaikan umrah suatu hari nanti dan Izah cuba untuk menyempurnakan impian ibunya. Malangnya, gerai Lijah telah disita oleh DBKL kerana berniaga di kawasan larangan.

Walaupun tiada gerai sendiri, Izah tetap bersemangat menolong ibunya mencari rezeki dengan menjual nasi lemak menaiki basikal ke sekitar kawasan perumahan. Di sekolah, Cikgu Jamilah mengumumkan peraduan mengarang bertemakan ’Keluarga’ peringkat kebangsaan dan pemenangnya akan membawa pulang wang tunai lumayan iaitu RM5,000. Izah berhasrat untuk memasuki pertandingan tersebut. Di siang hari, Izah berbasikal menjual nasi lemak dan di malam hari pula, dia sibuk menyiapkan karangan, itulah rutin baru Izah.

Namun, malang tidak berbau apabila Izah ditimpa kemalangan dan terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Dapatkah Izah diselamatkan dan bagaimana dengan usaha menghantar ibunya ke Mekah? Bagaimana pula tentang pertandingan karangan yang disertai oleh Izah?

Saksikan pengorbanan kanak-kanak berumur 10 tahun membantu ibunya di dalam ”Sejadah Kaabah” lakonan Sharifah Shahrizah, Eika Farhana, Esliza Loy, Hanis Kamal dan Noorkhiriah pada 14 Mei ini, jam 10.00malam.

DOWNLOAD SEJADAH KAABAH
MEGAUPLOAD = PART1, - PART2, - PART3, - PART4
HOTFILE = PART1, - PART2, - PART3, - PART4
MEDIAFIRE = PART1, - PART2






Seadanya Aku - Nubhan (ost lagu tema sejadah kaabah)
Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

uuuuuu ..

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

uuuuu ...
Tak seperti dulu ..