SONGKOK (TV1)




Songkok,
Hari Tayangan: setiap Jumaat,
Masa Tayangan: 3.30 petang
slot: Kasturi
Pelakon: Mubarak Majid, Fadilah Mansor, Z.Zamrie, Memey Suhaiza, Ng Hung Shen, Irfan Roslan, Chomat Samad dan Taha Wahid
Episode: 13 episod
Sumber: budiey.com



SINOPSIS SONGKOK (TV1)

Mustafa, seorang pembuat songkok tradisional. Namun tiada seorang pun dari zuriatnya yang mahu diperturunkan bakatnya itu. Arus pemodenan dan cara pemikiran anak anaknya yang kaya dengan IT membuatkan mereka alpa dan lupa bahawa jasa songkoklah yang membesarkan dan memberi mereka pelajaran hinggalah dapat mengenal dunia yang serba canggih yang menjadi teras hidup mereka kini. Namun Mustafa tidak berdendam malah jauh sekali berkecil hati dengan sikap anak-anaknya itu.

Chong Lee rakan sedari zaman mudanya amat memahami perasaan temannya itu. Dia tahu bertapa bermaknanya songkok pada Mustafa. Dia juga tahu bertapa kerana songkok buatan tangan Mustafa itu juga telah menyelamatkan nyawanya suatu masa dahulu.

Tanpa diduga anak Chong Lee, Chong Wu atau lebih senang dipanggil Wu seakan jatuh cinta dengan seni membuat songkok yang halus lagi teliti oleh mustafa itu. Setelah berkali kali Chong Lee memujuk teman rapatnya agar menerima Wu sebagai anak muridnya akhirnya Mustafa bersetuju.