TAJ MAHAL UNTUK MAMA (TV1)



TAJ MAHAL UNTUK MAMA (TV1)
Tarik Tayangan: 14 Mei 2011,
Masa Tayangan: 3.05 petang
Pelakon: Zed Zaidi, Ryzal Jaafar, Fetty Dzul, Rosnah Johari dan Memey Suhaiza
Sumber: budiey.com

SINOPSIS TAJ MAHAL UNTUK MAMA (TV1)

kisah yang berkisar tentang kasih sayang seorang anak bernama Ajreena lakonan berkesan pelakon yang sedang meniti nama, Irma Hasmie terhadap ibunya yang dibawakan wataknya oleh pelakon veteran sensasi, Rosnah Mat Aris.

Ajreena bahagia tinggal bersama ibu dan juga adik lelakinya. Setelah usianya menginjak dewasa, Ajreena meniti hidup sebagai anak yang bukan sahaja berjaya dalam kerjayanya sebaliknya memiliki budi pekerti yang mulia sehingga sanggup berkorban apa saja demi melihat kebahagiaan ibunya yang tercinta.

Malah sebagai membuktikan keagungan kasih seorang anak terhadap ibunya, Ajreena sanggup menggadaikan keharmonian hubungan cinta dengan tunangnya sendiri.

Hingga satu ketika ujian Allah hadir mengundang dalam keluarga mereka apabila ibunya disahkan menghidap penyakit buah pinggang dan memerlukan penderma segera untuk menyelamatkan nyawanya. Situasi itu cup membimbangkan Ajreena dan juga adiknya yang begitu mengharapkan ibu mereka pulih seperti sediakala.

Lalu Ajreena hadir dengan relanya berkorban mahu menyerahkan buah pinggangnya demi menyelamatkan nyawa ibunya itu. Tetapi hajatnya untuk menderma buah pinggangnya tidak kesampaian apabila Ajreena meninggal dunia dalam kemalangan ngeri.

Untuk mengetahui kesudahan kisah pengorbanan seorang anak ini, jangan ketinggalan menyaksikan Taj Mahal Untuk Mama terbitan Eurofine (M) Sdn Bhd, pada 14 Mei 2011, jam 3.05 petang di TV1.