ADA APA DENGAN DURIAN (TV1)



Ada Apa Dengan Durian?
TARIKH: 25 Jun (Sabtu),
Masa: 9.00 malam di TV1.
Pelakon: Azhar Sulaiman, Memey Suhaiza, Aznah Hamid, Azza AF, Wan Raja dan Fizo Omar
Sumber: budiey.com


SINOPSIS ADA APA DENGAN DURIAN (TV1)
drama mengisi slot mengisi slot Panggung Seri ini mengetengahkan watak utama Farid dan Deanna sedang menunggu hari untuk menyambut kelahiran cahayamata pertama mereka. Farid yang begitu teruja untuk menjadi bapa dan segala permintaan dan keinginan Deanna akan ditunaikan.

Seminggu lagi Deanna dijangka a kan melahirkan mereka, Deanna memberitahu Farid yang dia teringin untuk makan durian sebelum dia melahirkan anak. Farid termanggu seketika. Musim durian masih belum tiba. Agak sukar untuk dia mencari durian pada ketika ini. Namun begitu, Farid berjanji yang dia akan cuba mencari durian seperti yang diinginkan.

Pagi Ahad itu, Farid bersiap untuk pergi mencari durian yang diidamkan oleh isterinya. Sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu rumahnya, Farid tergelincir lalu jatuh akibat lantai yang licin. Deanna yang melihat kejadian itu merasa tidak sedap hati. Dia menghalang Farid dari pergi. Namun begitu Farid tetap berkeras. Permintaan isteri kesayangannya itu mesti ditunaikan. Dengan senyuman di dalam kesakitan, Farid meneruskan ‘Misi Duriannya’.

Farid memandu laju menuju ke dearah Pontian. Menurut teman sepejabatnya, mungkin Farid akan menemui durian di dearah itu kerana ada penduduk di situ yang membuat durian belerang iaitu durian yang disimpan selepas musim durian. Tidak berapa lama kemudian, Farid menerima panggilan telefon dari pejabatnya. Pada waktu itu juga dia perperasaan yang telefon bimbit isterinya tertinggal di dalam keretanya. Farid kelihatan agak tertekan kerana panggilan dari pejabatnya itu memerlukan dia berada di pejabat kerana ada urusan kecemasan yang penting berkenaan hal kerjanya.

Tiba-tiba berlaku kejadian yang mengheret Farid dalam situasi yang di luar jangkaan. Farid terjerat dengan insiden di mana dirinya kemudian di tuduh mencuri hingga di kejar orang kampung. Namun dia bernasib baik apabila Farah, gadis yang telah di rompak mengakui Farid bukanlah perompak dia yang sebenar.

Setelah itu Farid bertemu dengan pemuda baik hati bernama Kamal yang sanggup untuk membantunya mendapatkan durian seperti yang diinginkan. Farid gembira bertemu dengan Kamal yang dianggapnya sebagai penyelamat. Apatahlagi bila keretanya telah di curi dan dirinya tinggal sehelai sepinggang.

Namun rahsianya terbongkar apabila Farid mendapati Kamal adalah dalang penyeludup kereta curi setelah mendapati kereta miliknya yang hilang dalam simpanan lelaki itu. Farah yang baru mengetahui Kamal yang juga tunangannya seorang penjenayah bertindak mahu melarikan diri dan menjerat Kamal untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Di penghujung babak drama ini dapatkah Farid mendapatkan durian seperti di inginkan isterinya? Lalu bagaimana pula dengan nasib Kamal? Pastikan anda menyaksikan kesudahannya dalam Ada Apa Dengan Durian? pada 25 Jun (Sabtu), jam 9.00 malam di TV1.