ATTACK THE BLOCK



ATTACK THE BLOCK
TayangAN mulai 23 Jun 2011.
SUMBER: Budiey.com


SYNOPSIS Attack the Block:
ATTACK THE BLOCK adalah sebuah filem aksi pertualangan dengan plot yang pantas, kelakar dan juga menggerunkan berkisar tentang sekumpulan remaja yang menentang misi makhluk-makhluk asing yang ganas untuk menakluk bumi. Ia mengubah persekitaran sebuah kawasan perumahan di London menjadi sebuah lapangan sains fiksyen. Sebuah menara jam dijadikan kubu pertahanan sementara remaja berpeleseran pula berubah menjadi wira. Ia kisah tentang sebuah bandar yang memerangi angkasa lepas.

Seorang Jururawat pelatih, Sam sedang melangkah pulang ke flat kediamannya di sebuah bangunan yang agak suram dan menyeramkan di Selatan London apabila secara tiba-tiba, dia telah dihampiri oleh sekumpulan lelaki bertopeng dan berhud yang kemudian bertindak menyamunnya.

Dia terselamat apabila perhatian kumpulan penyamun tersebut teralih ke arah satu cahaya tahi bintang terang benderang yang jatuh dari langit lalu menjunam dan menghentam sebuah kereta yang diparkir berdekatan. Sam mengambil peuang itu meloloskan diri sebelum kumpulan lelaki tersebut diserang oleh makhluk asing bersaiz kecil yang melompat keluar daripada serpihan bangkai kenderaan tersebut. Mereka mengejar makhluk asing tersebut dan membunuhnya, lalu mengheret bangkainya ke bumbung bangunan kediaman yang mereka jadikan markas.

Sementara Sam dan pihak polis menjejaki kumpulan tersebut, gelombang serangan tahi bintang kedua pula berlaku. Yakin beroleh kemenangan ke atas penceroboh-penceroboh tersebut, kumpulan tersebut terus mencapai senjata dan basikal masing-masing lalu bersiap sedia mempertahankan kawasan mereka. Namun kali ini, saiz makhluk-makhluk asing ini lebih besar.

Lebih besar daripada sebelumnya. Ganas, misteri dan bagai binatang, mereka menjejaki rakan-rakan mereka yang jatuh terhempas dan tentunya, tiada siapa yang dapat menghalang kemaraan mereka. Kawasan kejiranan ini bakal menjadi medan pertempuran yang dahsyat. Apa yang pasti, sekumpulan lelaki yang baru sahaja menyerang Sam tadi bakal menjadi satu-satunya harapan Sam dan seluruh kejiranan tersebut dalam menentang pencerobohan.