BILLU BARBER (TV3)



BILLU BARBER (TV3)
PANGGUNG SABTU
Hari Tayangan: Sabtu,
Masa Tayangan: 2petang
Tarikh Tayangan: 25 Jun 2011
Pelakon: Irrfan Khan, Shah Rukh Khan, Lara Dutta, Om Puri, Rajpal Yadav, Asrani, Kareena Kapoor, Deepika Padukone.
Sumber: budiey.com



SINOPSIS BILLU BARBER (TV3)

BILLU BARBER menceritakan tentang seorang tukar cukur miskin bernama Billu yang mempunyai isteri iaitu Bindiya dan dua orang anak, Gunja dan Ronak. Kerana hidup serba kekurangan, Billu tidak mampu membayar yuran persekolahan kedua-dua orang anaknya. Namun, segalanya seakan berubah apabila bintang Bollywood iaitu Sahir Khan membuat penampilan di dalam sebuah filem yang dirakam di kampung Billu sekeluarga tinggal. Billu mengaku mengenali Sahir secara peribadi dan selepas itu, perniagaannya meningkat maju kerana populariti Billu di seluruh Kampung. Sehingga suatu hari, Sahukaar Daamchand, ahli perniagaan terkenal datang bertemu Billu dan menyatakan hasratnya untuk berjumpa sendiri dengan Sahir. Dapatkah Billu menghubungi Sahir? Apakah selama ini Billu hanya menipu?