FAIRY TALE UNDER STARLIGHT (TV2)



FAIRY TALE UNDER STARLIGHT
slot Golden Pheonix
episode: 22 episod
mulai: 20 Jun,
HARI: setiap Isnin hingga Khamis,
MASA: 6.00 Petang
Pelakon: Baron Chen, Megan Lai, Lego Li, Tanaka Chie, Luo Bei An, Jatfei Wong, Wang Cai Hua dan Bai Yun
SUMBER: budiey.com



SINOPSIS FAIRY TALE UNDER STARLIGHT

mengisahkan babak menarik di mana demi menyelamatkan perniagaan karaoke keluarga “Tian Mi Mi” yang telah mengalami masalah kewangan, seorang jurusolek pengantin, Yu You Tong terpaksa menanggung hutang-hutang kad kredit.

Dalam diam dia juga telah jatuh cinta kepada seorang bintang pujaan, Fang Zi Hao. Dalam usaha untuk mendapatkan Zi Hao, You Tong telah melakukan perkara-perkara yang lucu sehingga mengakibatkan Sun Fan, seorang pelagak ngeri filem yang bermimpi menjadi seorang bintang filem pada satu hari bernasib malang.

Sun Fan menyangka Zi Hao berniat untuk merebut teman wanitanya, seorang model yang bernama Xing Ye Zhen, yang ingin menceburi bidang hiburan. Disebabkan itu, Sun Fan memukul Fang Zi Hao.

Yu You Tong ingin menggunakan kuasa netizens (internet) untuk menghukum Sun Fan yang berani menggunakan keganasan terhadap idolanya. Bagaimanapun, keputusan di luar jangkaan: Netizens dan para media berasa kagum terhadap seni mempertahan diri yang dimiliki Sun Fan. Ini telah mengharumkan nama Sun Fan dan mengancam status Zi Hao.

Pada ketika ini, Fang Zi Hao cuba untuk mendapatkan Xing Ye Zhen. Ye Zhen pula ingin menggunakan skandal ini sebagai jalan pintasnya ke dalam bidang lakonan. Sun Fan seperti seekor udang yang bertempur dengan seekor ikan paus, bertungkus lumus mencuba untuk melindungi cintanya. You Tong pula berhasrat untuk mempertahankan idolanya, Fang Zi Hao, sehingga ke akhir hayat.